BUDAPEST – Atlet Amerika Syarikat (AS), Sha’Carri Richardson melakar sejarah apabila memenangi acara 100 meter di Kejohanan Olahraga Dunia, Budapest, hari ini.
Richardson merakam rekod baharu kejohanan iaitu 10.65 saat memusnahkan impian juara bertahan, Shelly-Ann Fraser-Pryce yang meraih gangsa sekaligus terlepas gelaran dunia keenamnya.
Beraksi di lorong kesembilan, kejayaannya itu memastikan kemenangan berganda AS selepas Noah Lyle memenangi acara lelaki, semalam.
Shericka Jackson yang juga rakan sepasukan Fraser-pryce dari Jamaica, Fraser-Pryce meraih perak.
Richarson yang berusia 23 tahun pernah dilarang menyertai Olimpik Tokyo 2021 selepas didapati positif marijuana.
Sementara itu, Fraser-Pryce kini mengharungi musim sukar akibat kecederaan lutut. – Agensi