Mohd Kamil Ibrahim

KUANTAN – Rakyat terutamanya pengundi di Dewan Undangan Negeri (DUN) Pelangai dinasihatkan agar membuka mata dan menilai sikap segelintir pemimpin yang hanya ingin memegang kuasa tanpa pedulikan penduduk.

Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Pahang, Mohd Kamil Ibrahim berkata demikian menyelar tindakan Pesuruhjaya Pas Pahang yang dilihat sebagai tamak untuk menambah kerusi Perikatan Nasional (PN) ke 18 dengan mahu menguasai kerusi DUN Pelangai yang kosong.

Kerusi berkenaan kosong ekoran kematian Datuk Seri Johari Harun dalam nahas pesawat terhempas di Elmina, Shah Alam baru-baru ini.

“Kita sama-sama nilaikanlah sikap yang tamakkan kuasa bertopengkan agama terus cerita pasal mahu kerusi. Tak menghormati mangsa-mangsa dan waris-waris.

”Kalau kita semak di kawasan-kawasan yang ADUN Pas menang di Pahang ini kebanyakan kebajikan rakyat di bawahnya tidak terbela. Tiada idea pembangunan, keprihatian dan kebajikan kepada rakyat yang penting mereka mahu kuasa menjadi ADUN lepas tu tinggal.

”Saya pesan kepada orang Pelangai, ingatlah jasa dan pengorbanan arwah (Johari) selama ini. Jangan biarkan Pelangai menjadi seperti kawasan lain yang diwakili ADUN Pas di Pahang hanya pandai bercakap tapi kebajikan tidak dijaga,” kata Mohd Kamil menerusi kenyataan hari ini.

Menurutnya, sebagai contoh di DUN Cheka di mana Timbalan Presiden Pas, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man sendiri sebagai ADUN dilihat gagal turun padang memberikan perkhidmatan kepada rakyat.

”Nak nampak muka ADUN Cheka pun susah di kawasan. Rakyat DUN Cheka terpaksa mangadu nasib kepada wakil-wakil Menteri Besar di kawasan beliau. Sama juga berlaku di DUN  lain di bawah wakil rakyat Pas.

”Kita ini berpolitik ada adab, amanah dan tanggungjawab. Kalau nak kuasa tetapi tidak menjaga rakyat di bawah saya kira berhentilah bercita-cita menjadi pemimpin,” tambahnya. – MalaysiaGazette

ARTIKEL BERKAITAN:

PN buru DUN Pelangai sebagai kerusi ke-18 di Pahang – Rosli

2 Komen

  1. FAKTA DAN BUKAN AUTA…..PRU15 SEBENARNYA UMNO TERSUNGKUR DI PAHANG DAN TIADA MAJORITI….KERANA TAMAK KUASA DAN JAWATAN LANGGAR SUMPAH ZAHID MUNAFIK NOANWAR NO DAPIGS….INILAH KIFARAHNYA
    MENYEMBAH DAN MENJUBIRI DAPIGS UTK MENGANGKAY WAN ROSDY MB

    SAMA JUGA HALNYA DI PERAK…UMNO TERSUNGKUR DAN HILANG KEMALUAN DAN TERPAKSA SUJUD PADA DAPIGS,,,JADI UMNGOK YANG TAMAK DAN TIDAK SEDAR DIRI MELUKUT D TEPI GANTANG DAN BERKOKOK BERDERAI2….EKOR BERGELUMANG TAHI

  2. Kebodohan tahap apakah Mohd Kamil ni? Pertandingan itu memerlukan KEMENANGAN, jika BANGANG itu ada pada UMNO ketamakan tahap apa untuk UMNO menang? UCAPAN ini sungguh membengongkan dari Pemimpin UMNO PAHANG. Rakyat PAHANG nak sebengong itu kah? Pengundi DUN Pelangai perlu menilai hadam perangai UMNO ni…

Comments are closed.