Fadzli Mohamad Kamal .

KUANTAN – Pas dilihat gopoh dan tidak seharusnya membangkitkan isu mahu ‘memburu’ kerusi Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pelangai untuk Perikatan Nasional (PN) ekoran kematian Datuk Seri Johari Harun baru-baru ini.

ADUN Dong, Fadzli Mohamad Kamal berkata, Pesuruhjaya Pas Pahang, Rosli Abdul Jaabar didakwa tidak sensitif kerana ketika ini ramai masih lagi terkesan dengan kelihangan Johari yang menjadi salah seorang mangsa insiden pesawat terhempas di Elmina, Shah Alam baru-baru ini.

Beliau yang juga Exco Komunikasi Dan Multimedia, Belia, Sukan Dan Badan-badan Bukan Kerajaan Negeri Pahang menyifatkan Pas hanya mementingkan soal politik semata-mata tanpa menghormati pihak yang sedang berduka.

”Pas tak sensitif sebabnya baru sangat kejadian ini. Pelangai bersedih, sahabat bersedih. Ini kehilangan besar. Kita ini takpalah berpolitik tapi bukan sepanjang masa berpolitik, jaga sikit perasan ada yang kelihatan suami, ada kehilangan anak.

”Ini antara nahas yang terburuk dalam negara, takkan itu kita tak boleh faham keadaan semasa. Apa perasaan kalau ahli keluarga sahabat handai, orang Pelangai tengok statement itu,” katanya kepada MalaysiaGazette.

Fadzli berkata, perjuangan dalam politik ada hadnya dan tidak perlu melampaui batas.

”Pada saya ada limit dalam politik ini, bukan semua nak terjah semua. Statement yang diberikan agak gopoh dan nampak wajah sebenar pihak pembangkang.

”Kita masih bersedih pemergian yang mengejut, pihak SPR belum keluar kenyataan. Berilah masa, ada saat kita beri masa, tengah bersedih atas pemergian seseorang,” katanya.

BACA :  Sharkar serah notis pengisytiharan kekosongan DUN Pelangai kepada SPR

Semalam, Rosli yang juga ADUN Tanjung Lumpur mengeluarkan kenyataan PN Pahang sedang ‘memburu’ kerusi DUN ke 18 di negeri ini  ekoran Notis Pengisytiharan Kekosongan DUN Pelangai.

ADUN Pelangai, Johari dilaporkan maut akibat terbabit nahas pesawat jenis Beechcraft Model 390 (Premier 1) pada Khamis lalu.

Terdahulu Johari dipilih sebagai ADUN Pelangai selepas memenangi kerusi itu pada Pilihan Raya Umum ke-15 dan dilantik menjadi Exco Kerajaan Tempatan, Perumahan, Alam Sekitar Dan Teknologi Hijau Pahang pada 2 Disember 2022. – MalaysiaGazette

ARTIKEL BERKAITAN:

PN buru DUN Pelangai sebagai kerusi ke-18 di Pahang – Rosli

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

2 Komen

  1. FAKTA DAN BUKAN AUTA…..PRU15 SEBENARNYA UMNO TERSUNGKUR DI PAHANG DAN TIADA MAJORITI….KERANA TAMAK KUASA DAN JAWATAN LANGGAR SUMPAH ZAHID MUNAFIK NOANWAR NO DAPIGS….INILAH KIFARAHNYA
    MENYEMBAH DAN MENJUBIRI DAPIGS UTK MENGANGKAY WAN ROSDY MB

Comments are closed.