Pas PRN
Abdul Hadi Awang

KUALA LUMPUR – DAP didakwa menggunakan cara Inggeris mempergunakan bangsa yang dijajah Gurkha sebagai tentera barisan hadapan bagi menentang musuh.

Presiden Pas Tan Sri Abdul Hadi Awang mendakwa, DAP telah menjadikan UMNO dan Amanah sebagai askar ‘Gurkha’ untuk melawan Pas.

Amanah menurut Hadi, telah diberikan tempat dalam Pakatan Harapan (PH) sehingga diletakkan sebagai calon bagi menentang Pas khususnya di kawasan campuran yang mempunyai pendukung DAP.

Pemimpin Amanah juga diberikan tempat dalam Kabinet dan syarikat berkaitan kerajaan setelah PH berjaya menubuhkan kerajaan.

Abdul Hadi berkata, bukti Amanah menjadi Gurkha DAP apabila calon parti itu mendapat undi hampir 100 peratus daripada kalangan penyokong DAP dan sedikit undi tambahan daripada orang Melayu yang ‘pening akalnya’ atau yang dapat dibeli.

Amanah juga dakwa beliau, menjadi jurucakap DAP bagi menyerang Pas dan bersama parti itu bagi menentang pindaan terhadap Rang Undang-undang 355 (RUU 355).

“PAN (Amanah) cukup berjasa kepada DAP, sehingga sanggup menjadi benteng pertahanannya yang tidak perlu diarah kerana berjaya mendapat tarbiah yang mencapai tahap wala’ kepada DAP, laksana askar Gurkha dalam tentera British.

“Adapun mereka memakai unifom berceloreng Islam dan Melayu walaupun terkoyak lusuh bagi menjimatkan belanja.

“Malah, mereka menggunakan senjata tiruan yang berjenama Islam. Antaranya dengan menunjukkan amar ma‘ruf dan nahi munkar yang sangat nyata koyaknya,” kata Abdul Hadi.

UMNO pula  didakwa telah terkeluar daripada dasar dan landasan asal perjuangan membela agama, bangsa dan tanah air merupakan Gurkha baharu DAP.

Katanya, ada dalam kalangan UMNO kini menjadi tentera pelatih Gurkha sehingga meletakkan ‘kedua-dua belah kaki’ untuk bersama DAP dan PKR dengan penuh wala’.

“Kenyataan beberapa pemimpin tertinggi UMNO yang cuba mempertahankan DAP telah menunjukkan berlakunya proses latihan (eksesais) untuk menjadikan UMNO sebagai anggota baharu dalam pasukan Gurkha DAP.

“Sehinggakan, pemimpin itu terpaksa melakukan kempen betapa perlunya UMNO bersama DAP dengan alasan parti itu telah menerima Islam dalam Perlembagaan Persekutuan termasuk hak istimewa bangsa Melayu dan bumiputera,” kata Abdul Hadi.-MalaysiaGazette

3 Komen

  1. Gurkha ni dikatakan sangat taat dan setia kepada tuan mereka, Inggeris. Sanggup mati berperang mempertahankan tuan mereka. Sanggup terjun bangunan bila diarah tuannya.

    Analogi ini amat sesuai buat Amanah. Penyertaan UMNO memperkukuhkan lagi kedudukan tuannya.

    Amat memualkan!

  2. Alahai brader. PAS satu ketika dulu semasa bersama Pakatan Harapan bukan kah menjadi GURKHA dan balachi BERSIH untuk tumbangkan BN. Dah lupa ke. Oh ye Melayu mudah lupa. Malah dulu dan sekarang pun jagi GURKHA untuk Tun M. Jadi BODOH tu tak apa tapi jangan sampai jadi DIPERBODOHKAN. Yang orang Melayunya juga sebodoh bodoh bangsa untuk mengiyakan fatwa PAS.

  3. UMNO tidak dijajar dengan matlamat SEBENAR kerana ZAHID HAMIDI adalah SI KITOL terlatih yang merosakkan. PAS telah “menyingkap” strategy bahaya DAP setelah berkerjasama dan kerana itu PAS memutuskan hubungan secara drastic. Dan kerana BAHAYA itulah PAS menolak mentah-mentah membentuk Kerajaan selepas PRU 15. Akarumbi UMNO sedar tetapi tidak boleh bertindak kerana demi KESELAMATAN “sesuatu” ZAHID HAMIDI menggunakan KUASA MELAMPAUNYA untuk bersama DAP. PAS telah memberi peringatan itu akhirnya ZAHID HAMIDI dan kuncu-kuncunya tetap memilih jalan kemusnahan. Ingat PAS telah memberi PERINGATAN itu.. jangan dipersalahkan atau masih BEBAL untuk mengatakan dulu kenapa PAS boleh … elakkan segera

Comments are closed.