KUALA LUMPUR – DAP diminta mencari ahli Parlimen lain untuk menggantikan Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan selepas Nga Kor Ming menyifatkan penggunaan logo parti itu pada replika cek sumbangan kerajaan sebagai bukan isu.
Ketua Pemuda UMNO Dr Muhamad Akmal Saleh menyifatkan kenyataan balas Naib Presiden DAP itu menunjukkan Kor Ming tidak layak menyandang jawatan menteri.
“Kalau macam inilah pemikirannya, saya rasa YB Menteri tidak layak jadi menteri. Mohon Anthony Loke (Setiausaha Agung DAP) untuk cari Ahli Parlimen DAP yang jauh lebih baik daripada pemikiran Nga Kor Ming,” katanya kepada MalaysiaGazette.
Artikel berkaitan:Â Kenapa replika cek sumbangan kepada sekolah kerajaan ada logo DAP?
Kor Ming jangan politikkan peruntukan sekolah – MCA
Kor Ming, bekerjalah sebagai menteri bukan promosi DAP – Gerakan
Apa kaitan logo DAP pada ‘mock cheque’ sumbangan sekolah, tanya Pemuda UMNO
Beliau mengulas respons Kor Ming semalam selepas dipersoalkan menggunakan logo DAP pada replika cek untuk sumbangan kepada beberapa buah sekolah di Perak, baru-baru ini.
Tegas Akmal, apa pun jawapan yang diberikan, Kor Ming tidak sewajarnya mencampurkan unsur politik dalam agihan peruntukan Kerajaan Persekutuan.
“Mencampuradukkan penglibatan parti politik dalam pengurusan atau pengagihan dana milik kerajaan secara moralnya adalah salah dan sepatutnya dielakkan,” tambah beliau.
Isu ini menjadi kritikan banyak pihak selepas sebuah akhbar berbahasa Cina melaporkan sejumlah peruntukan diberikan kepada beberapa buah sekolah termasuk sekolah jenis kebangsaan Cina.
Sumbangan berkenaan diserahkan kepada sekeolah-sekolah terbabit melalui replika cek yang terdapat logo DAP di sebelah Jata Negara. – MalaysiaGazette
Biar dia letak MUKA Ching Peng ke MUKA ANWAR IBRAHIM pun tak apa yang PENTING DUIT tu.. sapu je. UMNO pun boleh letak tapi jangan cetak kat DUIT ASLI sudah… nanti bila UMNO Berkuasa mutlak letaklah logo UMNO dimana-mana pun sebab KES RUJUK telah ada.
Bila masa Umno nk dpt perintah balik tu.. Hari ni pun setakat jadi barua DAP saja pun dgn 26 kerusi. Nk jadi kerajaan kena ada paling kurang 112 kerusi. Bila PAS ajak bersama Muafakat Nasional depa bongkak sgt kononnya depa tu kuat sgt. Sdgkan ahli Umno sendiri pun muak dh kt Wak Jahid yg PH gelar penyamun tu. Selagi Umno dipimpin oleh puak munafik, jgn harap la parti tu dpt bangkit kembali.
Wahhhh kenapa PAS tak ajak Amanah dlm MN? Mat Sabu tu bukan Islam kaaaa???
Berani ke Amanah masuk MN… nanti Lim Kit Malam jengil mata terus Mat babu melutut
MAT SABU DAN LAIN KHIANAT KERANA GAGAL DALAM PEMILIHAN MUKTAMAR..DENGAN KONSEP INGIN MENDEWAKAN DAPIGS. .ITULAH HAKIKATNYA,,,SEBAB ITULAH APA YANG DI BUAT DAPIGS SUCI DAN MENYUCIKAN PANKHIANAT DAN SEKUTUNYA
BUKTI LAIN MAT SABU DAN PANKHIANAT MEMBISU BILA KARPAL SINGH CABAR LANGKAH MAYATNYA JIKA HENDAK WUUDKAN NEGARA ISLAM DAN HUKUMYA
Teringat peristiwa mereka2 yang pro komunis yang telah membawa dan membuang abu Cin Pin disekitar hutan di Perak.
Itu menunjukkan semangat dan kecintaan mereka kepada komunis sangat menebal?