Syed Ibrahim Syed Noh, Pengerusi Malaysia Digital Economy Corporation, menyerahkan status Malaysia Digital kepada Johar Amat, Pengasas Shoraka Suyula Platform, dalam majlis yang dihadiri Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil, (dua dari kiri) dan Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi Digital Datuk Mohamad Fauzi Md Isa di Kuala Lumpur.

KUALA LUMPUR – Shoraka Suyula Platform Sdn Bhd (SSP), sebuah entiti fintech tempatan telah ini diberikan status Malaysia Digital (MD), satu pengiktirafan yang dianugerahkan oleh Kerajaan Malaysia melalui Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC).

Pengiktirafan penting ini diumumkan semasa Persidangan Ekonomi Digital Islam MD PEMANGKIN.

Platform Suyula telah memperoleh status terbilang ini untuk penyelesaian inovatifnya yang berpotensi untuk berkembang secara global dalam landskap ekonomi Ekonomi Digital Islam.

Produk unik Re-Rahnu, yang pertama seumpamanya di dunia, diurus niaga di Platform Suyula merupakan pasaran digital kepada pembiayaan kecemasan jangka pendek untuk segmen masyarakat yang tidak mempunyai akaun bank dan kurang mendapat perkhidmatan.

Dengan pendekatan berwawasan, SSP telah memanfaatkan potensi industri Ar-Rahnu untuk menangani keperluan kewangan mereka yang sering diabaikan oleh perkhidmatan kewangan tradisional.

Sejak penubuhannya, SSP telah mengumpul pelbagai pencapaian yang luar biasa, mengukuhkan kedudukannya sebagai penggerak industri.

Pencapaian syarikat ini termasuklah pengiktirafan oleh MDEC IDE, penyertaan dalam Program FIKRA—suatu inisiatif pemacu fintech Islam yang bersama-sama dikendalikan oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) dan Dana Pembangunan Modal Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNCDF) dan penerima Lesen Inovasi daripada Pusat Kewangan Antarabangsa Dubai (DIFC).

Pengasas Bersama Shoraka Digital, Johar Amat yang mengulas pengiktirafan ini berkata, penganugerahan status MD ini bukan sahaja pengiktirafan terhadap usaha syarikat, malah membuka peluang untuk memanfaatkan jaringan global MDEC.

“Pengiktirafan ini membuka ruang bagi perluasan antarabangsa, dengan memberi manfaat daripada peluang padanan perniagaan, geran eksport, latihan, kemudahan pembiayaan, dan lain-lain,” tambahnya.

Menurut beliau, pengiktirafan ini menekankan keupayaan penyelesaian fintech inovatif dalam menggalakkan inklusiviti kewangan. SSP terus komited dalam membawa perubahan positif dalam komuniti melalui inisiatif inovatifnya. – MalaysiaGazette