Ahli Parlimen Pontian, Datuk Seri Ahmad Maslan bersama calon Pakatan Harapan (PH) P.161 Pulai, Suhaizan Kaiat ketika menziarah penduduk setempat semasa mengadakan lawatan Bilik Gerakan PDM sempena Pilihan Raya Kecil (PRK) P.161 Pulai di Taman Bukit Kempas, Johor Bahru. Foto MUHD NA’IM. 27 OGOS 2023.

JOHOR BAHRU – Gelombang rakyat yang digembar-gemburkan oleh Perikatan Nasional (PN) yang dikatakan melanda pada Pilihan Raya Kecil (PRK) disifatkan sebagai cakap kosong sahaja.

Itu respon ringkas Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan.

Katanya, Johor ada gaya dan cara tersendiri dan  beliau yakin pengundi Parlimen Pulai dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Simpang Jeram bijak membuat keputusan memilih wakil rakyat di kawasan tersebut.

Ahmad Maslan yang juga Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Johor berkata, sudah tentu pengundi di kawasan terbabit tidak mahu kawasan yang berada dalam kerajaan hari ini ditadbir oleh pihak pembangkang.

“Itu bukan gelombang rakyat, macam mana pula itu dipanggil gelombang rakyat, ini kerana Malaysia ada 14 negeri dan mereka dapat empat negeri sahaja, Kita ada 10. Takkan mereka tak tahu matematik 10 jauh lebih banyak daripada empat.

“Jangan nak cakap itu gelombang rakyat, temberang jelah diorang. Itu hanyalah gelombang hijau yang tak sampai ke mana dan empat negeri itu sahajalah gelombangnya.

“Dan kita minta supaya pengundi di Johor ini tak akan memasukkan mereka dalam Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (memenangi PRK),” katanya kepada pemberita selepas melawat Pusat Daerah Mengundi (PDM) Taman Bukit Kempas di sini hari ini.

Yang turut hadir ialah Timbalan Ketua UMNO Bahagian Pulai, Datuk Ramli Bohani dan calon Pakatan Harapan (PH) Parlimen Pulai, Suhaizan Kayat.

Sementara itu, Suhaizan mengakui sokongan ahli akar umbi dan penyokong UMNO memberi kelebihan buat dirinya untuk lebih dikenali dalam kalangan akar umbi.

Sokongan dan bantuan yang diberikan jentera UMNO memberi ruang untuknya menjalinkan hubungan dengan ahli-ahli cawangan UMNO.

“Saya terharu dengan sokongan pimpinan UMNO peringkat negeri di cawangan-cawangan ini. Tadi saya bersama dengan Menteri Besar Johor, sekarang saya bersama dengan Datuk Ahmad Maslan.

“Ini membuktikan bahawa sokongan itu bukan sekadar omongan kosong tapi telah dibuktikan dengan memberi ruang dan perlu kepada saya berada pimpinan di PDM (Pusat Daerah Mengundi) ini.

“Kalau tidak ikhlas dia tak akan bagi peluang dan ruang kepada saya berjumpa dengan cawangan UMNO ini. Saya rasa ini satu sokongan nyata yang  telah diberikan kepada kita,” katanya ketika ditemui dekat PDM Bukit Kempas hari ini.

Justeru, beliau bertekad akan bekerja keras untuk meraih sokongan para pengundi yang majoritinya Melayu Islam. – MalaysiaGazette

3 Komen

  1. bertambah “COMEL” Ahmad Maslan buat LAWAK setaraf PUDIN melebong di SEMUA PELUSUK KEDAH menggegar dan MENGGELETAR kata melantun-lantun TAWAN MENANG PRN 6 NEGERI. Ahmad Maslan belajar formula Pudin ke tu… jangan melantun sangat bimbang terhempas.. jaga PUNGKOQ tu baik-baik…

  2. Rujuk statement orang TAKBUR DAN pemFITNAH

    ANWAR MUNAFIK..PAS TERIMA RM90JUTA dari umnoNGOK,,,,PRU 15 TERIMA DANA TOKEH BABI JUDI
    KEDAH dalam GENGAMAN 19 DUN…MAHMPOS OMAR
    YAKIN MENANG 6.0 AHMAD MASLAN
    TIDAK ADA DUN GELOMBANG HIJAU DI PPINANG
    ZAHID MUNAFIK UMUNKAN RASUAH BESAR2an d TRENGGANU

    UMNGOK MENYEMBAH PADA DAPIGS d PERAK dn PAHANG UTK JADI MB wlaupun telah HILANG TELOR kemaluan
    P akatan H ancing munafik meneruskan BUDAYA Umnongok dalam plihanraya menggunakan agensi kerajaan media dan tabur rasuah peruntukan

Comments are closed.