Esteban Solari. Foto Facebook Johor Southern Tigers.

KUALA LUMPUR – Ketua jurulatih Johor Darul Ta’zim (JDT), Esteban Solari menerima keputusan seri 3-3 menentang Kedah Darul Aman FC (KDA FC) pada aksi Liga Super di Stadium Darul Aman malam tadi sebagai pengajaran kepada pemainnya.

Keputusan itu menyaksikan misi skuad Harimau Selatan perlu menunggu perlawanan seterusnya untuk berpesta dengan mengesahkan kejuaraan ke-10 berturut-turut.

‘Kami tidak memulakan aksi seperti yang dirancang dan kami tertekan pada babak pertama selepas ketinggalan.

“Bagi kami keputusan ini adalah satu pengajaran untuk kami terus tingkatkan usaha terutama dalam mengatasi setiap kelemahan seperti menangani situasi sepakan bola mati yang menyaksikan gawang kami dibolosi,” katanya pada sidang media semalam.

Facebook Johor Southern Tigers.

“Keputusan seri ini tidak mengganggu persiapan serta mental pemain menjelang aksi Liga Juara-Juara Asia kerana kami tahu sudah menghampiri kejuaraan dan hanya masa yang menentukan,” katanya.

JDT kemudian bangkit menerusi gol La’Vere Corbin-Ong pada minit ke-52 dan Heberty Fernandes (m-56) malah mendahului seketika menerusi Arif Aiman Hanapi (m-74) sebelum Amirbek Juraboev menjaringkan gol penyamaan (m-92). – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast