Foto Instagram Azmin Azram.

KUALA LUMPUR – Bekas penjaga gol Malaysia, Azmin Azram Abdul Aziz melakar sejarah apabila mengecapi trofi pertamanya sebagai jurulatih apabila membantu Cong An Ha Noi (CAHN) atau Hanoi Police muncul juara V. League 1 semalam.

CAHN menjulang kejuaraan V. League 1 musim 2023 walaupun diikat 1-1 dengan Thanh Hoa pada aksi terakhir liga.

Kelab tersebut muncul juara atas kelebihan perbezaan jaringan biarpun CAHN terikat 38 mata dengan Hanoi FC,

Ini sekaligus menafikan hajat bekas penyerang Selangor FC, Herlison Caion meraikan kejuaraan pertama bersama Hanoi FC selepas menyertai kelab itu pada akhir Jun lepas.

Azmin Azram (dua dari kiri).

“Tak pernah terlintas dalam kepala saya pasukan kita akan menjadi juara V-League 1. Syukur Alhamdulillah, Allah telah mengurniakan rezeki dan pencapaian tertinggi buat saya sebagai jurulatih penjaga gol CAHN di Vietnam.

“Penghargaan tertinggi saya tujukan buat Effendi Jagan (Abdullah) dan Mashiedee (Sulaiman) yang telah membantu saya sepanjang karier baru saya di sini.

“Barakallahu Fik. Semoga Allah memberi kemudahan dan merahmati anda berdua. Allahumma Amin,” katanya dalam satu hantaran di Istagram miliknya.

Azmin menyertai CAHN sebagai jurulatih penjaga gol pada awal Januari lalu selepas tidak lagi bersama skuad negara.

Kisah kejayaan beliau ini turut dikongsikan pengguna Twitter, Faizuddin Zukri di media sosial. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast