Khairy bagaimanapun meramalkan kerusi Parlimen Pulai pada PRK yang diadakan serentak dengan DUN itu dapat dipertahankan oleh PH-BN berdasarkan keputusan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) lalu.
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sebelum ini menetapkan tarikh penamaan calon bagi PRK Parlimen Pulai dan DUN Simpang Jeram pada 26 Ogos, manakala pengundian awal pada 5 September dan hari pengundian pula pada 9 September.
PRK tersebut diadakan ekoran kekosongan berikutan kematian penyandangnya, Datuk Seri Salahuddin Ayub pada 23 Julai lalu yang juga merupakan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup.
Mengulas lanjut, Khairy berkata, gelombang PN mampu menembusi kubu kuat BN di Johor berdasarkan trend peralihan pengundi selepas pilihan raya negeri (PRN) 12 Ogos lalu.
Tambah bekas menteri Kabinet itu, calon PN bagi kawasan tersebut mempunyai latar belakang yang cukup hebat.
“Kalau itu adalah trend saya rasa ini lebih daripada Sanusi Mania kerana mampu menarik golongan profesional dan cendekiawan Melayu.
“Seperti yang kita tahu pada PRN lalu ada peluang PN menang di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Simpang Jeram ini berdasarkan jumlah pengundi,” ujarnya. – MalaysiaGazette
akarumbi UMNO siapsiaga dah tapi Nur Jazlan Ahmad Maslan Khaled Nordin Azalina Othman kata BANGSA JOHOR pelik dan berlainan… hairannya kenapa UMNO gelabah?
4 negeri yang Mat Maslan maksudkan itu semua negeri majoriti Melayu yang Umno pernah pimpin, tak terasa apakah bila Umno lesap tiada suara di tiga negeri itu dan hanya seorang wakil di Kelantan?
Umno mungkin masih duduk dalam kerajaan di Selangor dan Pulau Pinang tapi cuma ada dua kerusi masing-masing sahaja. Umno yang dulu memimpin hari ini bertenggek pada kekuatan dan ihsan parti lain termasuk DAP.
Umno tahun 2004 dahulu punya 109 kerusi megah dan gagah, hari ini berbaki cuma 26 kerusi itu pun masih mahu berkokok dan dabik dada?
Ambil formula MAT MASLAN///kita dh jadi keraaajan kenapa nak undi pembangkang
….
kerrana TIADA PEMBANGKANG….ramai pimpinan Umnongok terus GILA KUASA JAWATAN POLITIK WANG RASUAH…PENYAKAU PROJEK2…yang sekarang di puja dn disayangi musuhnya ANWAR MUNAFIK pkr DAPIGS panKHIANAT…..DULU KINI dan SELAMANYA KENCING dan TEMBERANG