Pierre-Emile Hojbjerg. Foto The Times.
LONDON – Pemain tengah Tottenham Hotspur, Pierre-Emile Hojbjerg muncul antara nama baharu yang dikaitkan akan berpindah ke Manchester United, laporan The Telegraph.
Laporan itu berkata, pemain tengah berusia 28 tahun itu kini memiliki peluang menyertai  United berbanding Sofyan Amrabat dari Fiorentina menjelang penutupan pasaran perpindahan pada Jumaat.
“Manchester United kini dilaporkan sedang mempertimbangkan langkah mengejut untuk menandatangani pemain tengah Tottenham Hotspur, Pierre-Emile Hojbjerg menjelang tarikh akhir pasaran perpindahan.
“Kelab itu dilaporkan telah ditawarkan peluang untuk membuka perbincangan mengenai Hojbjerg yang ingin dijual Tottenham sebelum tarikh akhir perpindahan hari Jumaat ini,” katanya.

Sebelum ini, United dilaporkan telah mengenal pasti Amrabat sebagai dijadikan sasaran mereka untuk mengisi kekosongan yang akan ditinggalkan oleh Fred, kata Fabrizio Romano.Pemain antarabangsa Maghribi itu dinilai sebagai salah satu daripada tiga pilihan yang sedang dipertimbangkan United untuk memperkuatkan lagi bahagian tengah United. – Agensi