KUALA LUMPUR – Dua pemain iaitu penjaga gol, Damien Lim dan pemain tengah, Nathaniel Shio Hong Wan terpaksa diketepikan bagi kem kali ini susulan kecederaan pada hari pertama latihan skuad kebangsaan.
Susulan itu, penjaga gol KL City FC, Azri Ab Ghani dipanggil bagi mengisi kekosongan yang ditinggalkan Damien dalam skuad kebangsaan.
“Penjaga gol KL City FC, Azri Ab Ghani yang sebelum ini berada dalam senarai bersedia dipanggil melapor diri ke kem latihan pasukan kebangsaan bermula hari ini.
“Semoga Damien dan Hong Wan cepat kembali sembuh dan seterusnya dapat dipanggil lagi pada kem latihan pusat Harimau Malaya yang akan datang,” kata Pan Gon.
Skuad kebangsaan dalam rangka persiapan untuk menghadapi dua aksi persahabatan Tier 1 berdepan Syria dan China, 6 dan 9 September ini di Chengdu, China. – MalaysiaGazette