Tuesday, February 27, 2024
Home Sukan Nunes semakin hampir sertai Man City

Nunes semakin hampir sertai Man City

Matheus Nunes. Foto Sky Sports.
LONDON – Manchester City dilaporkan telah mencapai persetujuan lisan dengan Wolves mengenai bayaran untuk pemain tengah Portugal, Matheus Nunes.
Agensi Berita PA melaporkan City bersetuju membayar Wolves sebanyak €55 juta (£47 juta) tanpa tambahan namun perjanjian itu masih belum dimuktamadkan.
Dalam perjanjian berasingan, pemain tengah City berusia 21 tahun, Tommy Doyle akan menyertai Wolves secara pinjaman dengan pilihan £5 juta untuk berpindah secara tetap dan City mengekalkan klausa penjualan yang ketara jika perpindahan itu berlaku.
Minggu lalu, tawaran Chelsea untuk mendapatkan Nunes ditolak yang menyaksikan pemain berusia 25 tahun itu kemudiannya memilih untuk tidak berlatih dengan Wolves dalam usaha untuk memaksa perpindahan pada hari-hari terakhir jendela perpindahan.
Nunes mencipta rekod Wolves apabila dia menyertai dari Sporting Lisbon dengan bayaran awal £38 juta pada musim panas lalu menandatangani kontrak lima tahun dengan pilihan 12 bulan lagi.
Dia membuat 34 penampilan musim lalu menghasilkan satu gol dan satu bantuan jaringan. – Agensi