Penyelidik-penyelidik aplikasi 'Paddy Watch'

KUALA NERUS – Sekumpulan penyelidik Universiti Malaysia Terengganu (UMT) berjaya membangunkan aplikasi inovatif yang dikenali sebagai ‘Paddy Watch’ bagi tujuan mengembangkan sistem pemantauan sawah padi dengan mengaplikasikan rangkaian data raya dan internet of things (IoT).

Ketua Projek, Dr. Rudiyanto yang juga pensyarah di Fakulti Perikanan dan Sains Makanan UMT berkata, aplikasi inovatif yang dibangunkan bersama dua penyelidik lain itu berjaya mencerap data masa sebenar pada ketepatan 90 peratus.

“Aplikasi yang dibangunkan ini bagi menyokong usaha kerajaan dalam membuat aktiviti pemantauan padi negara dan juga menggalakkan pertanian mampan.

“Paddy Watch merupakan aplikasi berasaskan teknologi dengan menggunakan satelit untuk pengimejan sawah padi masa sebenar khas untuk membantu pengawalan selia aktiviti penanaman padi. Aplikasi ini direka dengan menggunakan perkongsian data, pemetaan, dan analisis untuk memberikan maklumat yang tepat kepada pihak berkepentingan seperti petani, pegawai pertanian, dan pihak kerajaan.

Katanya, aplikasi itu hanya menggunakan kaedah penderiaan jauh (remote sensing) melalui telefon pintar atau komputer bagi memantau tahap pertumbuhan padi, keluasan kawasan penanaman padi, proses penuaian padi dan lain-lain.

“Aplikasi ini memfokuskan Pemetaan Zon Penanaman dan data pemetaan ini membantu dalam mengenal pasti zon-zon penanaman yang penting dan memudahkan aktiviti
pengawalan tanpa perlu turun ke sawah

“Pemetaan ini juga boleh dibuat di semua kawasan penanaman padi di Malaysia,” katanya.

Tambahnya, Paddy Watch mengintegrasikan maklumat penting seperti jadual penanaman, amalan terbaik dan tindakan yang perlu diambil bagi setiap fasa penanaman.

Ini membantu petani dalam membuat keputusan yang lebih baik mengenai penjagaan tanaman”.

Aplikasi ini juga menyediakan ramalan cuaca dan iklim. Ini membantu petani merancang penanaman dan penjagaan mengikut keadaan cuaca semasa dan dijangka.

Ini membantu penyelidik dan pihak berkuasa dalam membuat analisis jangka panjang mengenai prestasi pertanian.

Sementara itu, Dr. Ramisah Mohd Shah dan Dr. Norhidayah Che Soh sebagai penyelidik bersama menganggap Aplikasi Paddy Watch adalah contoh terbaik dalam menggabungjalinkan kemajuan teknologi maklumat untuk membantu sektor pertanian dalam meningkatkan pengawalan dan pengurusan penanaman padi.

“Dengan aplikasi ini, kerjasama di antara petani, penyelidik dan pihak kerajaan dapat ditingkatkan dan Ini adalah langkah penting dalam memastikan bekalan makanan yang
mencukupi di negara-negara bergantung kepada penanaman padi khususnya Malaysia,” ujar beliau. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast