Raymond Goh.

KUALA LUMPUR – Penyampai slot berita Nightline terbitan TV3, Raymond Goh dilaporkan kritikal selepas diserang angin ahmar.

Goh yang dikenali sebagai penyampai berita bersuara ’emas’ dengan pengalaman lebih tiga dekad dalam dunia penyiaran telah dimasukkan ke Hospital Assunta, Petaling Jaya.

Berita mengenai keadaan kesihatan Goh dikongsi individu dikenali sebagai Abdullah Pak Lah melalui hantaran Facebook (FB).

Menerusi hantaran itu, Abdullah yang dibimbing Goh dalam komunikasi lisan, memberitahu, penyampai berita itu berada dalam keadaan kritikal selepas diserang penyakit itu.

“Goh adalah antara individu baik hati dan berjiwa mulia yang pernah saya kenali,” katanya yang turut meminta orang ramai mendoakan agar Goh cepat sembuh.”

Baru-baru ini, penyertaan Goh dalam kempen #BacaBeritaChallengeTV3 melalui platform TikTok menarik perhatian netizen, yang rata-rata merindukan suara ’emas’ Goh di stesen televisyen (TV) itu. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast