Onn Hafiz menyampaikan bakul makanan kepada wakil Persatuan Keluarga Polis (PERKEP) Johor.

JOHOR BAHRU – Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar berkenan mengurniakan 1,000 kotak makanan kepada Persatuan Keluarga Polis (PERKEP) Johor.

Kurniaan Baginda Tuanku Sultan menerusi Yayasan Sultan Ibrahim Johor (YSIJ) disampaikan Menteri Besar, Datuk Onn Hafiz Ghazi.

Onn Hafiz berkata, Sultan Johor amat menitikberatkan kebajikan serta kesejahteraan rakyat dan baginda juga sentiasa mengurniakan pelbagai bantuan kepada golongan memerlukan.

“Patik menjunjung setinggi-tinggi kasih kepada Baginda Tuanku Sultan dalam mengurniakan bantuan makanan ini kepada PERKEP Johor.

“Sumbangan dan jasa anggota polis perlu kita sentiasa dihargai. Mereka juga berkhidmat sepanjang masa demi keselamatan rakyat,” katanya menerusi kenyataan hari ini. – MalaysiaGazette