Pesawat Qatar Airways

CANBERRA – Pemeriksaan ginekologi secara kasar yang dijalankan ke atas penumpang di Lapangan Terbang Antarabangsa Doha pada 2020 menjadi punca Qatar Airways tidak dibenarkan menambah perkhidmatannya ke negara ini.

Menteri Pengangkutan Australia Catherine King berkata demikian bagi menjawab persoalan mengapa beliau tidak membenarkan syarikat penerbangan itu menggandakan 28 penerbangan semasanya setiap minggu ke Australia.

Beliau berkata, keputusan itu dibuat dalam “konteks” wanita yang diperiksa pada tahun 2020 oleh pihak berkuasa di Lapangan Terbang Antarabangsa Hamad di Doha yang cuba mencari ibu kepada bayi baru lahir yang ditemui dibuang dalam tong sampah.

Wanita dalam beberapa penerbangan yang meninggalkan Doha telah diperiksa secara agresif termasuk 13 dalam penerbangan ke Sydney.

“Tiada faktor lain yang mendorong atau mempengaruhi keputusan saya,” ujarnya sambil menambah tidak ada penerbangan yang melakukan seumpama itu kepada pelanggan. – Agensi

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast