Norman Hakim.

KUALA LUMPUR – Pelakon, Norman Hakim akan menyelesaikan masalah yang dihadapi ahli keluarganya baru-baru ini secara baik.

“Terima kasih jugak kepada yang concern atas ‘ujian’ buat keluarga saya baru-baru ini. Insya-Allah ‘gerak hati’ dariNya untuk kami selesaikan secara tertutup. Kami ambil iktibar atas khilaf yang berlaku,” tulisnya dalam Instagram hari ini.

Walaupun tidak menyebutnya secara terang umum mengetahui ‘ujian’ yang dimaksudkan namun ia sudah pasti ada kaitan dengan isu melanda anaknya bersama bekas isterinya, Abby Abadi iaitu Marissa Dania Hakim, 18, yang didakwa mengganggu rumah tangga orang lain hingga bercerai.

“Mohon doakan yang baik-baik. 75,000 leads aka followers baru yang hadir 2,3 hari ini saya anggap kalian semua sebagai sahabat ukhwah & silaturrahim yang harus saya sambut sebagai tetamu dengan penuh berhemah. Saya happy baca comments semua. Comments yang mungkin berbaur emosi dan kebencian, saya anggap itu semua sebagai teguran baik dari kalian untuk saya dan keluarga perbaiki kelemahan dan khilaf kami.

Ampun maaf kalau ada khilaf, salah dan silap dari saya seisi keluarga. Yang salah tetap salah dan pintu taubat sentiasa terbuka untuk kembali ke jalan-Nya. Segala kelemahan datang dari kami dan segala yang baik hanya dariNya. Lillahita’ala saya sayang semua.Mohon jangan terputus silaturrahim kita,” tulisnya.

Sebelum itu, Norman menyatakan beliau sekeluarga menghidapi influenza A termasuk dirinya, isteri dan tiga anaknya, Awish, Kikim dan Kayla.

“Kayla je paling lama demam dekat lima hari tak kebah, kena admitted untuk masuk drip for antibiotik sebab dia memamng tak pandai makan ubat dan syukur sangat hari ni dah dapat dengar balik ceria dan gelak ketawa dia,” tulisnya.

Norman turut memuatnaik gambar anaknya itu gembira menerima hadiah.- MalaysiaGazette

ARTIKEL BERKAITAN:

Norman diam diri, anak sulung ajak Aslam jumpa