PDRM police Nilai stepfather drugs boy Tanjung Sepat Selangor Exco Raya celebration
Gambar hiasan.

KUANTAN – Tiga penunggang motosikal maut selepas dirempuh kereta yang terbabas di Jalan Besar Felda Jengka 17, Maran dekat sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Maran DSP Norzamri Abd Rahman berkata, kemalangan pada 6.15 petang itu menyebabkan kesemua mangsa meninggal dunia di lokasi kejadian.

Mereka ialah Fadhil Syah Sulaiman, 19, dan Muhammad Firdaus Zainal Abidin, 20, dari Felda Lepar Utara serta Mohd Ridhwan Mahayadin, 35, beralamat di Felda Jengka 17.

“Semua mangsa yang bekerja di ladang di Felda Lepar Utara dipercayai menunggang motosikal dalam keadaan seiring dan dalam perjalanan pulang ke rumah masing-masing dari Temerloh, dekat sini.

“Semasa di lokasi kejadian, sebuah kereta dari arah bertentangan dipercayai telah hilang kawalan dan memasuki laluan mangsa lalu merempuh mereka,” katanya dalam kenyataan.

Norzamri berkata, pemandu kereta iaitu seorang lelaki berusia 51 tahun dari Bandar Jengka pula dikejarkan ke Hospital Jengka kerana mengalami sesak dada.

Kesemua mayat dihantar ke hospital sama untuk bedah siasat manakala kemalangan disiasat lanjut mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. – BERNAMA

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast