BUDAPEST – Sebuah pesawat kecil terhempas pada semasa pertunjukan udara Borgond di tengah Hungary pada hari Ahad, mengakibatkan dua nyawa terkorban.
Perkhidmatan Ambulans Kebangsaan (OMSZ) berkata, punca kejadian masih belum diketahui.
Penganjur menangguhkan semua aktiviti pertunjukan udara susulan nahas berkenaan.
Menurut OMSZ, pesawat terbabit adalah dari jenis Trojan, dipasang pada tahun 1951.
Pesawat berkenaan meletup sebaik sahaja ia mendarat.
Menurut rakaman yang diterbitkan oleh sebuah akhbar tempatan, pesawat itu terbang agak rendah di atas lapangan terbang, dan cuba membuat pusingan tetapi terhempas ke atas tanah.
Jurucakap OMSZ mengesahkan dua nyawa terkorban, dan empat lagi melecur.
Mereka yang melecur adalah penumpang dalam sebuah kereta yang terbakar kerana serpihan pesawat itu, menurut polis. – Agensi