Forum Minggu Negarawan Perpaduan bersama Mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dan Felo Majlis Profesor Negara, Profesor Emeritus Datuk Dr Teo Kok Seong di Yayasan Kepimpinan Perdana (YKP), Putrajaya. Foto WAN NABIL NASIR, 13 SEPTEMBER 2023.

PUTRAJAYA – Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad tidak terkejut dengan tindakan Presiden Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA), Syed Saddiq Syed Abdul Rahman keluar daripada blok kerajaan.

Beliau berkata, keputusan yang dibuat Ahli Parlimen Muar itu selari dengan janji beliau dan partinya itu beri kepada rakyat pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) lalu.

“Dia (Syed Saddiq) percaya apa yang dijanjikan, apabila parti (Pakatan Harapan) tidak berpegang janji mereka, dia meninggalkan parti (blok kerajaan),” katanya kepada pemberita di Yayasan Kepimpinan Perdana  hari ini.

Ahad lalu, Syed Saddiq mengumumkan MUDA membuat keputusan untuk keluar daripada Kerajaan Perpaduan dan menyertai blok pembangkang sebagai kuasa ketiga.

Syed Saddiq berkata, walaupun mengakui keputusan itu sukar namun MUDA perlu membuat keputusan berdasarkan prinsip.

Ia susulan tindakan kerajaan menggugurkan 47 pertuduhan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menyukarkan MUDA untuk terus kekal berada dalam kerajaan.

Sebelum ini, Mahkamah Kuala Lumpur melepas tanpa membebaskan (DNAA) Ahmad Zahid daripada 47 pertuduhan rasuah, pecah amanah dan pengubahan wang haram dana Yayasan Akal Budi. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

2 Komen

  1. Masa kes Guan Eng digugurkan boleh terkejut plak? Melantik Maimon tanpa melalui saluran yg betul tak terkejut kaaa? S. Sadiq menipu kata duit yg dia sakau ialah duit mak bapak nak renovate rumah tak terkejut kah? haaaa

Comments are closed.