Badrulhisham Shaharin atau dikenali sebagai ‘Chegubard’

KUALA LUMPUR – Aktivis Bersatu, Badrul Hisham Shaharin atau lebih dikenali sebagai Chegubard telah ditahan oleh polis  malam tadi selepas gagal menghadirkan diri membantu siasatan membabitkan enam kertas siasatan terhadapnya.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain berkata, tangkapan ke atas Chegubard dibuat di Jalan Raja Laut pukul 8 malam tadi bagaimanapun tiada kaitan dengan penganjuran Himpunan Selamatkan Malaysia pada 16 September ini di ibu negara.

Katanya, tangkapan ke atas Penyelaras Perikatan Nasional (PN) Negeri Sembilan itu dilakukan kerana keengganannya memberi kerjasama kepada polis untuk merakam percakapan bagi membantu siasatan enam laporan polis terhadapnya.

“Sebelum ini polis sudah memanggil Badrul berhubung enam laporan polis yang dibuat terhadap beberapa kenyataan yang dikeluarkan.

“Antara siasatan yang dijalankan adalah berkaitan isu Ambalat, iaitu mendakwa Malaysia menyerahkan Blok Ambalat kepada Indonesia semasa pertemuan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Presiden Indonesia, Joko Widodo.

“Antara siasatan kes lain adalah seperti pendedahan harta yang dimiliki Anwar Ibrahim menerusi aplikasi TikTok milik Badrul serta pembocoran dokumen-dokumen sebuah jabatan kerajaan yang sepatutnya rahsia yang harus dilindungi,” katanya dalam sidang media di sini malam ini.

Mohd Shuhaily Mohd Zain

Tambah Mohd Shuhaily, polis telah memanggil Chegubard beberapa kali untuk bekerjasama merakam percakapan tetapi beliau gagal menghadirkan diri.

Katanya, polis juga sudah mengemukakan notis di bawah Seksyen 111 Kanun Prosedur Jenayah dan beliau menerima notis tersebut dan menandatanganinya namun menyatakan keengganan untuk ke mana-mana balai polis berhampiran untuk merakam percakapan membantu siasatan termasuk satu lagi rakaman percakapan yang sepatutnya dilakukan di Ibu Pejabat Daerah (IPD) Kajang pagi tadi.

“Oleh demikian polis tidak ada pilihan lain selain untuk memohon waran tangkap di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur semalam dan membuat tangkapan pada pukul 8 malam tadi,” tegasnya.

Ditanya alasan yang diberikan oleh Chegubard, Mohd Shuhaily menjelaskan Chegubard hanya sekadar memberitahu dia tidak akan hadir untuk merakam percakapan kepada polis.

Beliau hairan bagaimana tokoh pemimpin lain termasuk bekas Perdana Menteri (PM) sendiri memberi kerjasama penuh untuk proses rakaman percakapan namun Chegubard pula sering memberikan alasan dan gagal hadir ketika dipanggil polis.

“Ini hanyalah proses rakaman percakapan bagi membantu siasatan dan kita (JSJ) akan menyelesaikan rakaman percakapan beliau (Badrul) ke atas lima kertas siasatan malam ini sekiranya tiada masalah dan mendapat kerjasama baik daripada beliau (Chegubard) dan jika tidak ia mungkin terheret sehingga ke pagi esok.

“Ia hanya satu proses siasatan dan bukan kita hendak tangkap dan tuduh, kalau bekas PM kita pun boleh memberi kerjasama kepada kami untuk siasatan namun Badrul sering memberi alasan dan gagal memenuhi panggilan polis untuk merakam percakapan bantu siasatan,” ujarnya.-MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

3 Komen

  1. Didoakan perhimpunan aman Sabtu ini berjalan lamcar, aman dan berlandaskan amalan demokrasi.

    Jaga keselamatan, kebersihan dan jangan ada provokasi.

    Peace!

  2. Didoakan supaya anak muda tidak diperbodohkan oleh PN untuk hadir perhimpunan ini sebab mereka selalu diperdaya. Jadilah anak muda yang bijak berfikir bukannya lurus bendul macam pemuda PN dan MUDA. Jangan jadi lembu

    • DI MANA Suara BATU API ketika ANWAR MELIWAT MINTA RAKYAT buat demontrasi JALANAN dan BODOHKAN RAKYAT dengan Laungan REFORMASI reformati REFORBASI serta Lawan Tetap LAWAN

Comments are closed.