KUALA LUMPUR – Pelakon, Fasha Sandha memohon maaf selepas selepas teruk dikecam netizen di media sosial gara-gara memuat naik video berendam dengan suaminya, Aidil Aziz hari ini.
Menurut aktres itu, sedar mengguris hati mana-mana pihak memandangkan pelbagai cemuhan diterima gara-gara video mesranya itu.
Namun ibu kepada tiga anak itu menjelaskan dia melakukan kerana salah satu tuntutan kerja dan dia masih lagi ‘makan gaji’ memandangkan menjalankan tugas yang sudah dipersetujui.
“Saya bertugas, saya masih makan gaji, saya bukan bos, saya masih kuli.
“Saya hanya menjalankan tugas dan komitmen. Saya minta maaf kepada yang tak suka saya berpelukan dengan suami saya,” tulis media sosial miliknya.
Bagaimanapun, pelakon drama Rampas Cintaku itu tetap berterima kasih kepada mereka yang memuji bahkan yang mengeji kerana ia tetap memberi makna.
Dia tetap bersyukur dengan apa yang terjadi dan tidak sangka sudah enam tahun dia dan suami bersama-sama dalam menempuhi kehidupan.
“Pejam celik dah enam tahun kami bersama, syukur. Ya perkahwinan ini adalah pinjaman daripada yang Esa. Kita tak tahu berapa lama pinjaman ni, cuma kita mendoakan agar pinjaman ini berkekalan hingga ke akhir hayat,” tulisnya lagi.
Fasha turut meminta agar pengikut media sosialnya itu siap-siap menanti sesuatu yang isitmewa akan berlaku sekitar pukul 10 pagi 16 September ini dan mungkin menjawab beberapa persoalan netizen berhubung video mesranya bersama suami itu..
Hari ini, video berendam dan adegan mesra bersama suami di dalam air telah mendapat kritikan netizen kerana dianggap begitu keterlaluan.
Dia dan suami turut menerima teguran daripada pihak-pihak tertentu yang menyatakan bahawa aksi mesra suami isteri sebenarnya tidak begitu elok ditayang di khalayak ramai. – MalaysiaGazette