KUALA LUMPUR – JF Best Solution Sdn. Bhd., syarikat pengeluar madu jenama Madduna menyasarkan dapat menjual 10,000 kotak sebulan pada tahun ekoran kualiti tinggi produk produk yang diimport dari Mesir itu.
Pengasas Madduna, Jadwa Abu Bakar berkata, produk yang dihadirkan dalam tiga perisa itu telah terbukti asli selain mendapat pengiktirafan sijil dari Kementerian Kesihatan negara itu dan disahkan halal.
Menurut beliau, pihaknya yakin Madduna bakal menjadi pilihan terbaik kepada semua lapisan masyarakat di Malaysia dengan menawarkan harga yang mampu milik dan wajib dimiliki oleh setiap keluarga.
“Madu diakui antara makanan paling berkhasiat dari alam semula jadi yang mengandungi sumber antioksidan baik untuk kesihatan.
“Justeru kami berharap Madduna akan mendapat tempat di hati orang ramai sebagai makanan tambahan wajib harian setiap rumah.
“Kami ingin membantu rakyat Malaysia mengamalkan madu bermula daripada golongan kanak-kanak supaya kita boleh hidup dengan gaya yang lebih sihat selain mengelakkan diri dijangkiti virus kerana dunia sekarang terlalu banyak dan penting untuk kita tingkatkan imuniti badan dengan Madduna,” katanya pada majlis pelancaran Madduna semalam.
Madduna mula beroperasi pada tahun namun tapi mula diperkenalkan kepada masyarakat di pasaran awal bulan. Produk ini diimport terus dari sebuah kilang terkemuka di Mesir secara terus tanpa melalui orang tengah bagi menawarkan harga yang lebih murah.
Mengulas lanjut, Jadwa memberitahu, madu diakui antara makanan paling berkhasiat dari alam semula jadi yang mengandungi sumber antioksidan baik untuk kesihatan.
Kata beliau, antara kebaikan madu asli keluaran Madduna adalah dapat membantu masalah perut kembung, cirit-birit, sembelit, kekejangan dan ulser.
Selain itu menurutnya, rangkaian produk Madduna dapat mengurangkan tekanan darah tinggi, meningkatkan daya ingatan, merawat masalah kulit dan anti penuaan, mengurangkan kebimbangan melampau, kemurungan dan sakit kepala kerana madu Madduna mengandungi fosfat, zat besi, vitamin dan antioksidan yang dipanggil pinocerin.
“Sebagai permulaan, kami sedang membuka peluang kepada mana-mana individu yang ingin menjana pendapatan lumayan untuk sertai pasukan Madduna sebagai ejen dan stokis sah.
“Dalam usaha untuk menembusi pasaran lebih luasdi seluruh negara, Madduna ingin mengajak orang ramai untuk menyertai peraduan video selfie #BeeMaddunaBeHealthy yang menawarkan hadiah utama RM1,000 di platform Instagram.
“Selain itu, lima pemenang saguhati akan mendapat set madu Madduna bernilai RM250 setiap seorang menerusi syarat peraduan yang ditetapkan,” katanya. – MalaysiaGazette