KUALA LUMPUR – Pemain perseorangan lelaki profesional negara, Lee Zii Jia kempunan melangkah ke suku akhir Terbuka Hong Kong selepas cabarannya kali ini tersekat di pusingan kedua hari ini.
Malah Zii Jia jelas menolak tuah kerana berjaya mengelak bertemu pemain nombor satu dunia dari Denmark, Viktor Axelsen yang tewas pemain Taiwan, Lee Chia Hao pada pusingan semalam.
Namun dia tewas 21-19, 21-17 sebelum terpaksa akur tewas 20-22 pada set penentuan kepada Chia Hao.
Bagi Zii Jia, ini adalah kekalahan kedua berturut-turut di pusingan awal selepas tersingkir di pusingan pertama Terbuka China, minggu lalu dan ke-11 keseluruhan daripada 14 kejohanan Jelajah Dunia BWF yang disertainya musim ini.
Sementara itu, beregu campuran profesional, Tan Kian Meng-Lai Pei Jing turut mengalami nasib apabila ditunjukkan jalan keluar di pusingan kedua.
Kian Meng-Pei Jing tidak dapat meneruskan rentak itu apabila terpaksa akur tewas di tangan pasangan Jepun, Hiroki Midorikawa-Natsu Saito 16-21, 18-21 selepas cemerlang mara sehingga separuh akhir Terbuka China minggu lalu. – MalaysiaGazette