Program OXU: Revive, Reborn, Rise terbuka kepada semua lapisan masyaraka akan diadakan di Johor dan beberapa negeri terpilih hingga akhir tahun ini.

KUALA LUMPUR –  Program OXU: Revive, Reborn, Rise akan melakukan jelajah ke seluruh negara secara agresif bermula tahun depan dalam usaha menyebarluaskan ilmu mengenai kesejahteraan kehidupan insan dalam mengawal emosi menggunakan minyak pati.

Penganjurnya yang juga Pengarah Urusan Oilylicious Healthcare Sdn Bhd., Norhidawati Abdul Aziz berkata, program yang terbuka kepada semua lapisan masyaraka diadakan di Selangor dan Perak sebelum ini selain beberapa negeri terpilih dengan sasaran peserta sehingga 300 orang hingga akhir tahun.

Beliau berkata, kesihatan mental, fizikal, emosi dan spiritual amat penting pada hari ini dalam menghadapi cabaran kehidupan di dunia yang semakin mencabar hingga mengundang kepada isu kesihatan mental di kalangan masyarakat yang semakin membimbangkan.

“Justeru dengan adanya program sebegini, mereka yang hadir boleh berkongsi dan meluahkan masalah masing-masing di mana secara tidak langsung dapat menjalin dan mengeratkan perhubungan antara sesama pemimpin dan ahli dalam rangkaian syarikat saya.

“Program itu diadakan dengan kerjasama kumpulan di bawah naungan OilyLicious Healthcare bagi mendidik masyarakat mengenai manfaat minyak pati ini secara holistik,” katanya dalam satu kenyataan di sini.

Mereka yang hadir boleh berkongsi dan meluahkan masalah masing-masing pada Program OXU: Revive, Reborn, Rise.

Ketika ini, OilyLicious Healthcare merupakan peneraju jualan sebanyak 70 peratus minyak Young Living di Malaysia,

Mengulas lanjut, Nor Hidawati menambah, minyak pati memiliki banyak rahsia yang belum diketahui masyarakat apatah lagi ia selamat untuk kegunaan keluarga yang menawarkan kesan terapeutik untuk kesihatan.

Jelas beliau, pati minyak perlu diamalkan dengan menggunakan ilmu betul agar hasil diperolehi berkesan kerana ia melibatkan sistem limbik iaitu kumpulan struktur yang berperan dalam pemrosesan emosi, memori, dan perilaku dan terletak di bahagian otak.

“Kelebihan minyak pati adalah mempunyai bauan atau roma yang pelbagai di mana ia serasi mengikut keperluan individu dan masalah yang dihadapi.

“Aroma yang dihidu dan meresap terus ke otak mampu membantu menenangkan dan meredakan kebimbangan serta ketegangan fikiran individu yang mengamalkan penggunaan minyak pati secara konsisten,” katanya. – MalaysiaGazette