KUALA LUMPUR – Pemain perseorangan wanita profesional negara, Goh Jin Wei melakar sejarah apabila berjaya melangkah ke separuh akhir Terbuka Hong Kong, hari ini.
Kalah pada set pertama, bekas juara remaja dunia dua kali itu bangkit untuk memenangi perlawanan 12-21, 21-17, 21-18.
Ini adalah pencapaian terbaik Jin Wei selepas bergelut dengan prestasi tidak menentu musim ini yang menyaksikan dia sering tersingkir di pusingan awal dalam saingan Jelajah Dunia BWF.
Sementara itu, pemain perseorangan lelaki negara, Ng Tze Yong turut mara ke separuh akhir selepas menundukkan wakil Denmark, Magnus Johannesen 21-18, 21-12.
Turut mara ke kelompok empat terbaik adalah beregu campuran profesional negara, Goh Soon Huat-Shevon Lai Jemie yang berjaya membenam cabaran pasangan Indonesia, Rinov Rivaldy-Pitha Haningtyas Mentari 21-10, 21-18.
Mereka akan berdepan pemenang perlawanan antara pasangan Hong Kong, Tang Chun Man-Tse Ying Suet dengan Thom Gicquel-Delphine Delrue dari Perancis, esok. – Agensi