insiden kereta terbakar di DEsa Menteri Petaling jaya awal pagi tadi mengakibatkan lelaki warga emas rentung dalam kejadian itu. IHsan bomba selangor

PETALING JAYA – Seorang warga emas ditemui rentung dalam kejadian kebakaran melibatkan empat buah kenderaan di perumahan Desa Mentari di sini, awal pagi tadi.

Penolong Pengarah Operasi Bomba Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan memaklumkan mengenai kebakaran kereta pada jam lebih kurang 2.45 pagi tadi.

“Bertindak atas maklumat itu, sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Jalan Penchala telah bergegas ke lokasi kejadian itu.

“Sejurus tiba di lokasi kami dapati kenderaan Ford Telstar terbakar keseluruhannya, Naza Citra (50 peratus) dan, Proton Wira dan lori Daihatsu masing-masing terbakar lima peratus.

insiden kereta terbakar di DEsa Menteri Petaling jaya awal pagi tadi mengakibatkan lelaki warga emas rentung dalam kejadian itu. IHsan bomba selangor

“Anggota bomba yang terlibat memadam serta mengawal kebakaran melakukan pemeriksaan lanjut dan mendapati ada seorang lelaki tempatan warga emas berusia 60-an berada di dalam kereta Naza Citra itu,” katanya dalam satu kenyataan.

Mangsa ditemui rentung.

Tambahnya, mangsa yang dikeluarkan dari kenderaan tersebut telah diserahkan kepada polis.

“Punca kejadian masih dalam siasatan pihaknya dan kes diserahkan kepada polis,” tambahnya.

Mayat mangsa telah dihantar ke Hospital Sungai Buloh untuk proses bedah siasat dan tindakan lanjut. -MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast