MARA sudah membuka permohonan kemasukan bagi Tingkatan 1 dan 4 2024

KUALA LUMPUR – Permohonan kemasukan ke Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) bagi tingkatan 1 dan 4 kini telah dibuka.

Pelajar boleh memohon secara dalam talian mulai 15 September lalu, jam 3 petang menerusi pautan https://www.mara.gov.my.

Antara syarat kemasukan ialah calon lahir pada 2 Januari 2011 hingga 1 Januari 2012 bagi tingkatan satu 2024 atau 2 Januari 2008 hingga 1 Januari 2009 bagi tingkatan empat.

Keutamaan juga diberikan kepada pemohon dari keluarga berpendapatan rendah yang memenuhi syarat ditetapkan. – MalaysiaGazette