Bursa Malaysia dibuka rendah pagi ini berikutan pasaran menerima berita mengenai prospek penurunan Petronas, selain aktiviti pengambilan untung menjelang hujung minggu.
Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Pelabur asing kembali ke Bursa Malaysia sebagai pembeli dengan belian bersih RM23.1 juta.

Minggu lepas bermila dengan aliran keluar sebelum kembali masuk mulai hari Rabu hingga Jumaat berjumlah RM318.9 juta.

MIDF Research berkata, setakat ini, pelabur asing telah menjadi penjual bersih ekuiti domestik sebanyak RM2.47 bilion.

Menurutnya, tiga sektor teratas dengan aliran masuk asing bersih minggu lepas ialah utiliti (RM105.5 juta), pembinaan (RM53.6 juta) dan perladangan (RM49.9 juta).

Sementara itu, sektor dengan aliran keluar oleh pelabur asing ialah penjagaan kesihatan (-RM50.5 juta), REIT (-RM50.0 juta) dan produk & perkhidmatan pengguna (-RM22.4 juta).

Firma penyelidikan itu menambah, pelabur institusi tempatan pula mengakhiri rentetan pembelian bersih empat minggu dengan menjual RM131.5 juta minggu lepas.

Setakat ini, pelabur institusi merekodkan aliran masuk sebanyak RM3.16 bilion.

Untuk minggu kes-10 berturut-turut, peelabur runcit masih terus menjual ekuiti domestik, dengan jualan bersih berjumlah -RM103.7 juta minggu lepas.

Sehingga kini, pelabur runcit telah menyaksikan aliran keluar sebanyak RM687.3 juta.

Dari segi penyertaan, terdapat penurunan dalam purata volum dagangan harian (ADTV) oleh pelabur runcit (-12.9%) dan institusi tempatan (-9.6%), manakala pelabur asing menyaksikan peningkatan (+68.5%). – MalaysiaGazette