Erick Hamburger (tengah)pada sidang media selepas MoU dengan Kekal Impian Sdn Bhd. hari ini.

SHAH ALAM – Sejumlah 3.3 juta pengguna dijangka berdaftar dengan sistem CTOS pada akhir tahun ini.

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Kumpulan CTOS Digital Bhd, ` berkata, setakat ini jumlah sedia ada sebanyak 3 juta dan yakin trend pengguna yang berdaftar akan terus meningkat menjelang hujung tahun ini.

Menyifatkan ia adalah kenaikan signifikan, Erick gembira kerana  semakin ramai rakyat negara yang sedar akan kepentingan memahami semasa kredit yang menjerumus kepada kedudukan kewangan.

“Ini adalah kenaikan yang sihat apabila semakin ramai yang ingin tahu kedudukan kewangan mereka, semak skor mereka

“Paling penting adalah pendidikan dan kesedaran tentang kedudukan kewangan dan kami komited untuk bantu pengguna dan peminjam untuk mencapai kredit yang baik,” katanya ketika sidang media selepas CTOS memeterai Memorandum Persefahaman (MoU) bersama Kekal Impian Sdn Bhd.

Sementara itu, Ketua Eksekutif CTOS, Eric Chin menambah, pandemik Covid-19 antara punca yang meningkatkan kesedaran pengguna terhadap kepentingan mengurus kewangan dan memastikan kedudukan kredit sentiasa di tahap yang optimum sekali gus mengelakkan disenaraihitam.

“Kita percaya apabila dapat akses kredit skor dengan CTOS mereka dapat pantau kedudukan kewangan.

“Bagi mereka yang tidak ada akses untuk tahu kedudukan kewangan perlu memulakan  pemantauan kredit skor untuk memahami, mengetahui  dan memastikan kredit sihat bagi memperbaiki cara pembayaran peminjaman,” ujar beliau.

Katanya berdasarkan rekod tahun lalu, skor kredit purata penduduk Malaysia adalah 678.

“Skor ini semakin baik dari tahun ke tahun,” katanya lagi.- MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast