Home Akhbar Cina Semua baik di Malaysia, kecuali…

Semua baik di Malaysia, kecuali…

KUALA LUMPUR – Pelakon Hong Kong, Louis Koo yang menjalankan penggambaran di Malaysia menggambarkan negara ini sebagai sangat baik dalam semua aspek, kecuali kesesakan jalan raya.

Beliau yang juga merupakan seorang penerbit dan pemilik syarikat perfileman berkata, Malaysia menawarkan pelbagai lokasi yang sangat sesuai untuk penggambaran termasuk bangunan lama yang sukar dicari di Hong Kong.

Katanya lagi, tidak berlaku masalah komunikasi untuk melakukan penggambaran di Malaysia.

Walau bagaimanapun, beliau ternyata kurang berpuas hati dengan masalah kesesakan lalu lintas di Malaysia, tetapi secara berseloroh berkata, keadaan itu memberi peluang untuk berehat dalam kereta.

“Lepas ini boleh cari peluang lagi untuk melakukan penggambaran di Malaysia kerana makanan di negara ini sangat sedap, cuma keadaan trafik di sini agak sesak.

“Saya rasa ini bagus juga kerana memberi peluang untuk berehat sementara menunggu dalam kesesakan lalu lintas,” katanya seperti dipetik China Press. – MalaysiaGazette

1 Komen

Comments are closed.