Mat Kasim Karim

KUALA LUMPUR – Sebanyak 17,241 kenderaan perdagangan diperiksa bagi tempoh empat hari Op Khas Kenderaan Perdagangan pada 20 September lalu yang dilaksanakan Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman di seluruh negara.

Pengarah JSPT, Datuk Seri Mat Kasim Karim berkata, sehingga semalam, sebanyak 34 pemandu telah ditahan merangkumi 27 kesalahan dadah, enam kesalahan jalan raya dan satu kes jenayah.

Tambah beliau, operasi berkenaan dilaksanakan membabitkan 2, 613 kekuatan pegawai dan anggota yang membuat pemeriksaan di 441 lokasi.

“Dengan itu pihak kita beri satu ingatanlah kepada pengguna terutamanya pemandu kenderaan berat supaya sentiasa pastikan ciri-ciri keselamatan kenderaan mereka sentiasa dalam keadaan ang terbaik.

“Kedua adalah pastikan pemandu itu sentiasa dalam keadaan siap siaga. Kita faham kenderaan berat yang mempunyai bebanan kadar momentum untuk diberhentikan mungkin akan mengambil masa atau tidak dapat diberhentikan mengikut jarak yang terlalu dekat,” katanya pada sidang media khas operasi di Bukit Aman hari ini.

Daripada jumlah itu, lebih 17,000 kenderaan perdagangan telah diperiksa melibatkan 5,897 lori, (652) bas dan selebihnya lain-lain kenderaan dengan (35) daripadanya disita.

Jumlah saman dikeluarkan untuk tempoh berkenaan pula dengan pelbagai kesalahan adalah 3,462 yang mana lori sebanyak 2,724 saman, bas (109) dan lain -lain kenderaan (627).

“Untuk kenderaan timbang berat pula sebanyak 35 kenderaan perdagangan dikenakan tindakan,” ujarnya,

Jelas Mat Kasim, operasi berkenaan juga melibatkan kerjasama agensi lain seperti Jabatan Pengangkutan Jalan, Agensi Anti Dadah Kebangsaan dan Jabatan Alam Sekitar. – MalaysiaGazette

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast