SPR
Bangunan Suruhanjaya Pilihan Raya.

BENTONG – Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) telah mengeluarkan 73 kertas undi pos semalam bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Pelangai di Pahang.

Setiausahanya, Datuk Indera Ikmalrudin Ishak berkata, kesemua anggota polis bagi PRK itu telah dikeluarkan kertas undi secara pos

“Ini bermakna tiada pusat mengundi awal akan dibuka pada 3 Oktober 2023,” katanya menerusi kenyataan, hari ini.

Katanya, daripada 73 kertas undi pos itu, 69 adalah kategori 1A (Petugas Pilihan Raya, Ahli atau Pegawai SPR, Anggota Polis, dan Petugas Media), satu kertas ialah kategori 1C (Agensi dan Organisasi) manakala tiga adalah untuk Pengundi Tidak Hadir (PTH) Luar Negara.

Menurut kenyataan itu, proses pengeluaran kertas undi pos tersebut dijalankan dengan kehadiran ejen undi pos daripada semua calon yang bertanding.

Sementara itu, SPR mengingatkan pengundi pos supaya membuat penandaan pada kertas undi, mengisi dengan lengkap dan betul borang Perisytiharan Identiti (Borang 2)

“Pengundi pos perlu segera mengembalikannya kepada Pegawai Pengurus berkenaan sebelum pukul 5 petang pada Hari Mengundi iaitu pada 7 Oktober 2023,” ujarnya.

Pengundi juga diingatkan agar sentiasa menjaga kerahsiaan undi masing-masing dengan tidak merakam gambar kertas undi pos dan menularkannya di laman media sosial. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast