Puad Zarkashi Rengit Johor state election Muhyiddin Yassin resign PPBM
Mohd Puad Zarkashi

KUALA LUMPUR – Pas perlu meninggalkan Perikatan Nasional (PN) dan berkongsi kuasa dengan parti komponen Kerajaan Perpaduan serta menjadi pengimbang dalam kerajaan.

Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Dr Puad Zarkashi berkata, Pas perlu berperanan untuk menjayakan agenda pembangunan Islam dalam kerajaan.

“Pas sepatutnya mengorak langkah. Tinggalkan PN dan sertai Kerajaan Perpaduan. Berkongsi kuasa dan jadi pengimbang dalam kerajaan.

“Jangan buang masa cari jalan untuk tebuk atap. Menghukum orang lain. Keluar berbagai fatwa pecah belahkan orang Melayu.

“Lebih baik duduk dalam kerajaan menstabilkan politik, membangun negara, menjayakan agenda Islam, Melayu, dan kesaksamaan rakyat,” katanya dalam hantaran terbaru di akaun Facebooknya, hari ini.

Dalam pada itu, Puad juga mempersoalkan gesaan Tan Sri Annuar Musa kepada ahli UMNO agar meneruskan perjuangan politik Melayu Islam di dalam Pas.

“Perjuangan apa? Apa pencapaian Annuar bila sudah masuk Pas?

“Hari-hari Annuar meratib “No Anwar No DAP”. Itu sudah tidak relevan.

“Mana boleh ikut perangai Sanusi. Lucah dan bohong,” katanya lagi. – MalaysiaGazette

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

1 Komen

  1. Pas masuk kerajaan, PAS kena jadi PM sebab kerusi terbanyak, kemudian singkirkan DAP. Bagus juga idea ni.

    Tapi tak kot sebab Pas parti berprinsip, bukan gila jawatan menteri dsb macam Umno? Kalau mati biarlah berprinsip.

Comments are closed.