Amizar Abu Adam. Foto MOHD ADZLAN, 23 SEPTEMBER 2023.

BENTONG – Masyarakat Cina dan India di Pelangai masih memberikan kepercayaan  kepada kepimpinan Barisan Nasional (BN).

Calon BN, Datuk Amizar Abu Adam yakin mendapat sokongan penuh pengundi Cina dan India di Pelangai pada hari pengundian 7 Oktober nanti.

Jelasnya respon yang ditunjukkan oleh pengundi Cina dan India masih setia bersama BN dan menyatakan sokongan melihat jasa penyandang ADUN Pelangai, Allahyarham Datuk Seri Johari Harun.

“Penerimaan di kawasan kaum India dan alhamdulillah penerimaan sangat baik dan mereka teruja menerima kehadiran Kita turun berkempen.

“Masyarakat Cina sangat-sangat teruja penerimaan kehadiran kita terhadap mereka dan mereka menyatakan sokongan 100 peratus kepada calon BN,” katanya ketika ditemui media berkempen bersama masyarakat India di Sungai Gapoi, Bentong dekat sini, hari ini.

Dalam pada itu Amizar berkata, kempennya memberi tumpuan kepada 3P iaitu pendidikan, perumahan dan pekerjaan pada PRK DUN Pelangai ini.

Beliau berkata akan melancarkan manifestonya dalam masa terdekat.

PRK DUN Pelangai diadakan berikutan kematian penyandangnya, arwah Johari dalam nahas pesawat ringan yang  di Elmina, Shah Alam, pada  17 Ogos lalu. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast