Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Dua lelaki warga Sri Lanka yang disyaki terlibat dalam kes pembunuhan tiga rakan senegara di sebuah rumah kedai di Jalan Perhentian Kampung Kovil Hilir Sentul, di sini, pada 22 September lalu ditahan polis.

Sumber berkata, kedua-dua suspek ditangkap di tepi jalan di Hulu Langat selepas bersembunyi dalam hutan melepas melakukan jenayah itu.

Kedua-dua suspek kini dipercayai direman selama seminggu untuk membantu siasatan.

ARTIKEL BERKAITAN: Tiga mayat lelaki diikat, kepala ditutup ditemui dalam setor rumah kedai

Dalam pada itu Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Ahmad Sukarno Mohd Zahari yang dihubungi mengesahkan tangkapan dua suspek warga asing itu.

Kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh yang memperuntukkan hukuman mati jika disabitkan kesalahan.

Pada Sabtu lalu, Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Allaudeen Abdul Majid berkata, mayat ketiga-tiga mangsa lelaki itu ditemui dalam keadaan telah ditindan satu sama lain dalam bilik setor di tingkat dua rumah kedai itu manakala salah satu mangsa dalam keadaan bogel.

Ketiga-tiga mayat itu diikat tangan dan kaki selain kepala mangsa disarung dengan plastik, ujarnya.

Polis tidak menolak kemungkinan pembunuhan itu dirancang dari awal lagi berdasarkan keadaan mayat itu ditemui. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast