GENEVA – FIFA pada Rabu mengeluarkan senarai nama 16 stadium yang akan menjadi gelanggang untuk perlawanan sempena Piala Dunia 2026 yang akan diadakan di Kanada, Mexico dan Amerika Syarikat, lapor Xinhua.

Piala Dunia 2026 bakal menjadi penganjuran pertama yang berlangsung di tiga negara, dengan bilangan pasukan yang mengambil bahagian dijangka meningkat daripada 32 pasukan kepada 48.

Toronto dan Vancouver di Kanada akan menjadi tuan rumah, manakala di Mexico pula perlawanan akan diadakan di sebuah stadium masing-masing di Mexico City, Guadalajara dan Monterrey.

Amerika Syarikat akan mengadakan perlawanan di 11 stadium iaitu di Seattle, San Francisco, Los Angeles, Kansas City, Dallas, Atlanta, Houston, Boston, Philadelphia, Miami dan New York/New Jersey. – Bernama-Xinhua

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast