Mohd Ali (tengah) mengetuai 6,547 peserta Majlis Perhimpunan dan Perarakan Maulidur Rasul 1445H peringkat negeri Melaka sejauh 1.8 kilometer bermula dari Stadium Tun Fatimah, Bukit Serindit ke Dataran Pusat Islam Melaka, Bukit Palah, Melaka hari ini.

MELAKA – Hampir 7,000 umat Islam pelbagai lapisan umur menyertai Perarakan Sambutan Maulidur Rasul 1445H peringkat negeri di Stadium Tun Fatimah, Bukit Serindit, di sini, hari ini.

Yang di-Pertua Negeri Melaka, Tun Mohd Ali Rustam mengetuai 6,547 peserta daripada agensi kerajaan negeri dan Persekutuan, badan bukan kerajaan (NGO) dan pelajar sekolah yang berarak sejauh 1.8 kilometer ke Dataran Pusat Islam Melaka, Bukit Palah.

Turut menyertai sambutan bertemakan ‘Perpaduan Teras Malaysia Madani’ adalah 10 buah beca yang menjadi ikon pelancongan negeri dan pelajar universiti.

Mengenakan pakaian tradisional Melayu, peserta daripada 128 kontinjen berselawat sambil membawa sepanduk menggambarkan perasaan kasih dan cinta terhadap Nabi Muhammad SAW.

Hadir sama, Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka, Datuk Ibrahim Durum; Mufti Melaka, Datuk Abdul Halim Tawil;
Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi dan Hal Ehwal Agama negeri, Datuk Rahmad Mariman.

Exco Kemajuan Desa, Pertanian dan Keterjaminan Makanan neger,i Dr Muhamad Akmal Saleh dan Exco Sains, Teknologi, Inovasi dan Komunikasi Digital negeri, Fairul Nizam Roslan. – MalaysiaGazette.

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast