Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan bercakap kepada media selepas program Sembang Santai PRK Pelangai sempena sempena Pilihan Raya Kecil (PRK) N36 DUN Pelangai di Felda Chemomoi, Bentong, Pahang. Foto MOHD ADZLAN, 27 SEPTEMBER 2023.

BENTONG – Kepimpinan UMNO akan memperhalusi dan membincangkan status kedudukan UMNO Terengganu melalui perbincangan badan biro politik parti itu selepas Pilihan Raya Kecil (PRK) Pelangai selesai.

Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, antara perkara yang akan dibincangkan ialah bagaimana cara parti akan berhadapan jika Pilihan raya Kecil diadakan.

“Kita habiskan di Pelangai dahulu. Tumpuan kami untuk menang di Pelangai,” katanya selepas program Sembang Santai PRK Pelangai di Felda Chemomoi, Bentong, malam tadi.

Beliau menyatakan demikian ketika diminta mengulas terhadap gesaan perubahan dalam UMNO Terengganu.

Seorang veteran UMNO menggesa rombakan segera dilakukan terhadap barisan pimpinan parti itu di Terengganu yang dibadai’ Gelombang Hijau pada Pilihan Raya Umum ke-15 dan Pilihan Raya Negeri lalu. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast