Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berucap pada program Sembang Santai PRK Pelangai sempena sempena Pilihan Raya Kecil (PRK) N36 DUN Pelangai di Felda Chemomoi, Bentong, Pahang. Foto MOHD ADZLAN, 27 SEPTEMBER

BENTONG – Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail menolak dakwaan pembangkang bahawa negeri itu tidak mempamerkan negeri yang berkonsepkan Islam.

Sebaliknya, beliau berkata, usaha pembangunan, dakwah, pendidikan yang diusahakan Pahang melebihi negeri yang ditadbir Pas dan Perikatan Nasional (PN).

”PN menyeru pengundi penyokong untuk membawa Islam. Dia (PN) ingat Pahang ini tak Islam ke? Tapi pangkah Pas masuk syurga, mudah sangatlah.

”Apa yang tak Islam nya? Pahang ni lebih dari negeri yang mereka perintah,” katanya ketika berucap semasa Sembang Santai PRK Pelangai di Felda Chemomi pada malam tadi.

Jelas Naib Presiden UMNO itu, pelbagai usaha meningkatkan pendidikan berteraskan Islam dilaksanakan di negeri itu sehingga mampu membina banyak pusat tahfiz selain menambah nilai aspek pendidikan berteraskan agama.

”Kita ada Universiti Islam Pahang Sultan Ahmad Shah( UnIPSAS), kalau dulu maahad tahfiz dulu tiga empat buah, namun sekarang ada 24, nak buat lagi dua buah di Padang Tungku, Lipis dan Rompin.

”Pelajar UniPSAS kita hantar Al-Azhar, dan ada tambahan kuota dari Pahang untuk melanjutkan ke Universiti Al-Azhar.

”Dia (Universiti Al-Azhar) bagi tambahan, anak-anak kita dari diploma UnIPSAS ke Al-Azhar masuk ke Jordan terus masuk tahun ketiga, sekarang hantar ke Morroco. Tak cukup islam lagi ke?, ” soalnya.

Selain itu, katanya, Pahang merupakan negeri yang tegas dalam menguatkuasakan undang-undang Islam dengan mewartakan enakmen berkaitan murtad, wakaf, tarekat bagi memelihara akidah umat Islam di negeri ini.

Wan Rosdy mendakwa, pembangkang tiada modal, sebaliknya hanya mampu menabur fitnah untuk meraih sokongan rakyat dengan melabelkan Pahang seperti negeri sekular.

”Nanti dikatakan apek baca khutbah itu untuk menakut-nakutkan kita dengan membayangkan kepada kita bahawa Pahang ini sekular, masksudnya tidak Islam.

”Tetapi Pahang antara negeri yang menguatkuasakan enakmen murtad seperti berkaitan isu murtad, tarekat dan wakaf. Kita juga naikkan Bantuan Prihati Pahang kepada jemaah haji dari RM500 kepada RM700,” katanya.

Katanya, rakyat diminta untuk lebih bijak melihat prestasi kerajaan negeri yang dilakukan kepada rakyat Pahang. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast