MEXICO CITY – Perkelahan orang ramai di Taman Ekologi Chipinque Mexico di negeri Nuevo León tergendala apabila seekor beruang hitam yang kelaparan menghampiri mereka.
Haiwan itu menaiki meja dan makan makanan pengunjung.
Rakaman menunjukkan haiwan itu memakan taco hanya beberapa inci dari beberapa orang yang duduk kaku di tempat masing-masing.
Pada satu ketika beruang itu menggerakkan kepalanya dalam jarak menyentuh seorang wanita yang menutup muka seorang kanak-kanak bagi mengelak sebarang pergerakan yang boleh mencetuskan serangan oleh haiwan itu.
Selepas makan, ia bergerak melintasi meja berkelah sebelum melompat ke bawah.
Video mengejutkan itu disiarkan dalam talian dan menjadi tular, mengumpulkan lebih 10 juta tontonan di platform media sosial TikTok.
Laman web taman itu memberi amaran kepada pelawat penemuan beruang hitam telah meningkat di kawasan metropolitan Monterrey dan ia dilihat berkeliaran di taman, kawasan kejiranan dan berjalan-jalan berhampiran pergunungan sekali gus meningkatkan risiko kepada orang ramai dan kepada beruang.
Taman itu juga telah menyediakan senarai cadangan dalam talian tentang perkara yang perlu dilakukan jika seseorang bertemu dengan salah seekor daripada haiwan itu.
Salah satunya ialah pelawat harus “jangan sekali-kali cuba mengambil gambar beruang dari dekat”.
Pada 2020 satu lagi video dari taman itu menjadi tular apabila seekor beruang hitam dilihat menghampiri pengunjung dan menghidu rambutnya.- Agensi