Mendiang Michael Gambon

LONDON – Pelakon Michael Gambon, yang terkenal dengan watak Albus Dumbledore dalam kebanyakan filem “Harry Potter”, meninggal dunia pada usia 82 tahun.

Beliau meninggal dunia akibat radang paru-paru, menurut satu kenyataan yang dikeluarkan bagi pihak keluarganya pada Khamis.

“Kami berasa sangat sedih untuk mengumumkan kehilangan Sir Michael Gambon,” kata kenyataan yang dikeluarkan oleh publisitinya Clair Dobbs.

“Beliau seorang suami dan bapa tercinta, Michael meninggal dunia dengan aman di hospital. Isterinya, Anne dan anak lelaki Fergus berada disisi beliau.

“Kami meminta anda menghormati privasi kami pada masa ini serta terima kasih atas mesej sokongan dan kasih sayang anda,” menurut kenyataan itu lagi.

Gambon dilahirkan pada 19 Oktober 1940 di Dublin, Ireland.

Beliau terkenal dengan hasil kerjanya yang luas merentasi TV, filem dan radio, dengan satu lagi peranan terbesarnya dalam siri hit 1980-an “The Singing Detective”. – Agensi