Tuesday, December 3, 2024
Home Seni Hidup Inilah manusia bila tak ada kerja sibuk iddah orang – Puteri Sarah

Inilah manusia bila tak ada kerja sibuk iddah orang – Puteri Sarah

Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin. Foto AFFAN FAUZI, 10 APRIL 2023.

KUALA LUMPUR – Perbalahan antara Puteri Sarah Liyana dengan bekas menantu kepada pelakon Kazar Saisi yang dikenali sebagai Wiwie Darvienda Mazweena kini semakin  berlarutan.

Terbaharu, menerusi Instastory miliknya, ibu tunggal memberi amaran kepada wanita itu agar tidak lagi mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung dirinya dan menyimpan wang untuk membayar saman yang difailkan.

Puteri Sarah turut memuat naik paparan skrin Wiwie mesej dengan seseorang mempertikaikan iddah dan tindakan aktres itu tampil bersama lelaki ketika sesi siaran langsung di laman sosial baru-baru ini.

“Seseorang berkongsi perkara ini kepada saya. Inilah manusia bila tak ada kerja sibuk iddah orang. Apa iddah aku 100 tahun ke? Dah kena saman duduk diam-diam.

“Simpan duit nak bayar saman nanti,” kata Puteri Sarah.

Lelaki dimaksudkan dipercayai merujuk kepada pelakon Indonesia Andi Arsyil Rahman yang juga rakan niaga kepada Puteri Sarah.

Sementara itu, bekas isteri kepada pengarah Syamsul Yusof ini turut memberi peringatan kepada semua orang agar tidak mencampuri urusan orang lain.

“Nak belajar cara buat duit? Boleh join team Sarah okay. Kita tak nak jadi macam ini suka jaga tepi kain orang,” ujarnya lagi.

Terdahulu, Puteri Sarah mengambil keputusan untuk tetap meneruskan saman terhadap bekas kakak ipar Ira Kazar yang dikenali sebagai Wiwi Darvinda Mazwena Mazlan.

Menurut Sarah, dia telah pun berbincang dengan Syamsul Yusof mengenai isu ini dan bekas suaminya itu menyerahkan kepadanya untuk mengambil tindakan sewajarnya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

1 Komen

  1. Orang macam tu saman aje. Biar zip mulut dia. Kurang ajar tu. Sumpah dia jadi katak baru padan muka dia

Comments are closed.