Kompleks Mahkamah Melaka

MELAKA – Seorang pemuda yang baru tamat sekolah berdepan hukuman penjara 40 tahun dan denda di Mahkamah Sesyen Ayer Keroh di sini hari ini selepas mengaku bersalah melakukan amang seksual fizikal terhadap seorang kanak-kanak perempuan, Ahad lalu.

Tertuduh, Muhammad Alif Al Hadi Hasman, 18, membuat pengakuan itu selepas dua pertuduhan dibacakan jurubahasa mahkamah di hadapan Hakim Elesabet Paya Wan.

Mengikut kedua-dua pertuduhan, tertuduh didakwa telah melakukan amang seksual fizikal terhadap seorang kanak-kanak perempuan berusia 12 tahun.

Perbuatan itu dilakukan di dalam bilik sebuah rumah di Krubong, dalam daerah Melaka Tengah antara pukul 2 pagi hingga 4 pagi 24 September lalu.

Sabit kesalahan bagi setiap pertuduhan, tertuduh boleh dikenakan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan boleh juga dihukum dengan sebat mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017 dan boleh dihukum di bawah seksyen kanun yang sama.

Terdahulu, pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa Asisten Superintendan Nora Yaacob menawarkan jaminan sebanyak RM10,000 bagi kedua-dua pertuduhan.

Tertuduh dalam rayuannya bagaimanapun memohon jaminan rendah dengan alasan menganggur dan masih ditanggung ibunya kerana bapanya tidak bekerja akibat sakit.

Selepas mendengar hujahan kedua belah pihak, Hakim Elesabet membenarkan tertuduh diikat jamin RM7,000 selain dilarang menghubungi atau mengganggu mangsa sehingga kes selesai.

Mahkamah menetapkan kes 7 November ini untuk tarikh laporan sosial – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast