Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berucap pada Karnival Kerjaya My Furture Job bersama Hawa Malaysia di Felda Chemomoi, Bentong, Pahang. Foto MOHD ADZLAN, 30 SEPTEMBER 2023.

BENTONG – Kerajaan negeri pahang Pahang memperuntukan  RM50 juta bagi merancakkan ekonomi, kata Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail.

Katanya, antara inisiatif khusus diperkenalkan bagi memperluas bidang keusahawanan ialah penyediaan tapak, skim pembiayaan, pensijilan halal dan bantuan khidmat nasihat.

“Dalam aspek pensijilan halal, satu dana secara ‘revolving fund’ berjumlah RM10 juta turut disediakan bagi membantu mereka yang layak untuk mengembangkan skop pasaran.

”Ini sekaligus meningkatkan keyakinan pelanggan terhadap kualiti dan kesucian produk perniagaan mereka . Jumlah ini akan dinaikkan kepada RM15 juta mulai tahun depan,” katanya.

Beliau menyatakan demikian ketika berucap pada Majlis Sentuhan Kasih Desa Pelangai Mini Ekspo Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional Malaysia (TVET), Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) dan Keusahawan Desa di  Dataran Simpang Pelangai, di sini, hari ini.

Selain itu, Wan Rosdy berkata, pembiayaan usahawan mikro Skim I-PUSH juga akan diteruskan bagi membantu hampir 2,500 usahawan di seluruh negeri dengan peruntukan sebanyak RM10 juta.

Manakala sebanyak RM1 juta  diperuntukkan bagi menyediakan kursus percuma perniagaan secara dalam talian kepada golongan muda yang menjadi agen dropship, ujarnya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast