Peguam Datuk sri Najib, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah bercakap pada Forum Townhall For Justice: Keadilan sebenarnya untuk siapa? di Wisma MCA, Kuala Lumpur. Foto WAN NABIL NASIR, 30 SEPTEMBER 2023.

KUALA LUMPUR – Tidak seperti kes-kes rayuan di Mahkamah Persekutuan yang sentiasa memberikan ruang penangguhan kepada perayu, dalam prosiding melibatkan Datuk Seri Najib Tun Razak penangguhan yang dipohon peguam baharu dilantik tidak dilayan.

Peguam Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah mendakwa perkara itu berlaku kerana terdapat agenda yang mana walaupun penangguhan tidak dibantah pendakwaan namun ia ditolak oleh lima panel hakim pada 23 Ogos 2022.

Muhammad Shafee berkata, penangguhan itu kemungkinan besar tidak dibenarkan memandangkan terdapat desas desus bahawa akan berlangsung Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) beberapa minggu lagi.

“Hakim-hakim juga tahu jika ada penangguhan menjelang PRU15, mungkin Najib akan turun berkempen. Itulah sebabnya penangguhan tiga, empat bulan itu tidak dibenarkan.

“Mungkin apa saya katakan ini boleh menyusahkan saya tetapi itulah kebenaran dan saya bersedia,” katanya pada sesi townhall ‘Keadilan Sebenarnya Untuk Siapa’, di sini, hari ini.

Sebelum itu, Muhammad Shafee menerangkan bahawa proses Mahkamah Persekutuan yang sentiasa memberi ruang kepada perayu melibatkan pelbagai kes besar.

Beliau menjelaskan, permohonan Najib tidak didengar Mahkamah Persekutuan  kerana peguam yang baharu mengambil alih kes daripadanya mempunyai masa selama tiga minggu untuk buat persiapan sebelum pendengaran manakala dokumen yang perlu diteliti adalah tebal.

“Nota prosiding, jika baca hari sekalipun belum tentu sebulan juga boleh habis. Tidak termasuk dokumen tambahan.

“Jika mahkamah bagi kamu tiga hari, adalah tidak munasabah langsung. Ini saya rasakan ada sesuatu yang telah dirancang kerana itu peguam baharu Najib hanya diberi masa tiga hari.

“Adakah ini perkara biasa, sememangnya tidak. Jika apa-apa kes dibawa ke Mahkamah Persekutuan untuk rayuan, tidak kisah kes dadah atau pecah amanah, jika adanya peguam baharu dilantik dan mohon penangguhan, mereka akan diberikan penangguhan itu,” ujarnya.

Menurut Muhammad Shafee, apa yang dibangkitkannya itu merupakan hak seseorang untuk membela diri. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

1 Komen

  1. Ini semua kerja kotor maddey kutti pariah pengkhianat bangsa dan negara…yang telah menganiaya DSNR..dan maddey kutti pariah kerala WAJIB dihukum:-
    1.Lucutkan gelaran tun dari maddey kutti..penghianat negara tidak layak jadi pemimoin.
    2.sumbat pariah ini kedalam penjara atas salah guna kuasa selama 22 tahun dan 22 bulan jadi pm…jadi raja sakau punggah kekayaan untuk anak² dan kaum keluarga pariah kerala ini…rampas semua asset² kaum kekuarga maddey kutti kerala…
    3.cairkan semua asset² yg dirampas

Comments are closed.