Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin beramah mesra bersama pelajar yang hadir pada progam semarak siswa Madani Pahang di Dataran Simpang Pelangai, Bentong, Pahang. Foto MOHD ADZLAN, 01 OKTOBER 2023.

BENTONG –  Rakyat dinasihatkan untuk memilih wakil rakyat yang dekat dengan kerajaan memerintah memandangkan Pelangai yang terletak di kawasan desa.

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, pengundi harus memilih pemimpin yang mampu menjadi jambatan kepada kerajaan bagi menyuarakan isu rakyat.

”Kawasan ini (Pelangai) dari segi jaraknya memang jauh sama aada dari kawasan dengan Kuantan atau pun Kuala Lumpur.

”Oleh demikian kalau jarak dah jauh, maka pilih wakil rakyat yang ada hubungan dengan pihak kerajaan,” katanya ketika ditemui media di Dataran Pelangai hari ini sempena kempen PRK DUN Pelangai. dan lawatan kerja Program Semarak Siswa Madani Pahang.

Jelasnya, dalam keadaan yang mencabar hari ini, banyak usaha yang akan diperkenalkan oleh kerajaan bagi mengatasi masalah kehidupan masyarakat.

Maka pilihlah pemimpin yang hampir dengan kerajaan, supaya dasar-dasar dan program itu boleh sampai kepada rakyat yang berada dalam kawasan berkenaan.

Kehadirannya Khaled yang juga Menteri Pendidikan Tinggi  ke Pelangai bagi membantu kempen calon Barisan Nasional (BN), Datuk Amizar Abu Adam yang bertanding pada PRK 7 Oktober ini.

Khaled berkata, beliau berpuas hati dengan sokongan pengundi kepada calon BN.

Berbaki seminggu lagi kempen, pilihan raya kali ini menyaksikan pertembungan tiga penjuru antara Datuk Amizar Abu Adam yang mewakili (BN), Kasim Samat (PN) dan calon bebas Haslihelmy DM Zulhasli. – MalaysiaGazette

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast