Khairun Najiyya Abd Razak, 21 (baju merah, kakak) dan Khairun Najiha Abd Razak, 21 (baju biru, adik) sedang membersihkan bilik bersama ibu mereka, Siti Zaharah Mohid, 49, pada hari ini.

SERDANG – “Kami tidak merancang untuk menyambung pengajian bersama di
sini tetapi rezeki masih bersama sehingga ke Ijazah Sarjana Muda,” luah Khairun Najiha
Abd Razak, 21.

Beliau dan kakaknya, Khairun Najiyya Abd Razak, 21 masing-masing meluahkan rasa gembira dan akan memulakan pengajian dalam Bacelor Pendidikan Bahasa Melayu di
Universiti Putra Malaysia (UPM), di sini, hari ini.

Najiha berkata, beliau tidak pernah berpisah dengan kakaknya sejak dari sekolah rendah lagi sehinggalah tamat Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM).

“Ingatkan lepas habis STPM kami hendak bawa haluan yang berbeza dan ketika mengisi
borang permohonan kemasukan ke universiti, kami tidak mengisi bersama.

“Masing-masing tidak sangka dapat pergi temu duga bersama dalam pengajian yang sama di universiti sama. Semoga kami dapat menyumbang sesuatu dan memberi kebaikan kepada masyarakat,” katanya.

Tivakaren A/L Ganas (kiri) dan Tinagaren Ganas (kanan) pada Kemasukan Pelajar Baharu UPM sesi akademik 2023/2024.

Sementara itu, sepasang lagi kembar seiras Tinagaren A/L Ganas (adik), dan Tivakaren A/L Ganas (abang) meluahkan rasa teruja apabila dapat menyambung pengajian bersama
dalam Bacelor Reka Bentuk Perindustrian.

“Kami memang ada minat dan cita-cita yang sama sejak kecil untuk menjadi seorang Pereka Bentuk Dalaman. Apabila dapat ke UPM bersama dalam kursus yang sama sememangnya kami sangat gembira dan lebih memudahkan,” kata Tivagaren. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast