Foto Instagram Safawi Rasid.

KUALA LUMPUR – Pemain kelab Johor Darul Takzim (JDT), Safawi Rasid berkongsi khabar gembira apabila dikurniakan cahaya mata sulung.

Isterinya, Syifa Melvin selamat bersalin semalam

Menerusi Instagram miliknya, dia juga mengumumkan nama bayi lelakinya itu, Saif Sulaiman.

Menerusi Insta Story milik isterinya yang juga pelakon, Syifa memaklumkan yang kelahiran anak sulungnya lebih awal dari jangkaan.

Bagaimanapun, dia bersyukur dengan anugerah yang diberikan buat mereka.

Syifa turut mengucapkan terima kasih kepada semua yang menitipkan doa sehingga dia selamat melahirkan anak sulung.

Untuk rekod, Safawi yang juga merupakan pemain bolasepak kebangsaan Malaysia telah mendirikan rumah tangga denga Syifa atau nama sebenarnya Nur Syifa Athirah binti Amirol Melvin, 29, pada 28 November tahun lalu. – MalaysiaGazette